Siri Webinar Program Penerimagunaan Digital MDEC di PEDi

19 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada rabu – 18 Mei 2022, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah mengadakan sesi webinar Program Penerimagunaan Digital yang telah disertai oleh staff PEDi termasuk PEDi Lubok Antu. Siri webinar ini akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom bermula pada jam 9:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Program ini telah diadakan secara berperingkat dan penyertaan adalah mengikut zon lokasi PEDi masing-masing.

MDEC merupakan salah satu rakan kerjasama strategik bagi Program Pemerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK). Objektif kepada penganjuran siri webinar ini adalah untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai perlaksanaan program-program digital MDEC yang bakal ditawarkan di PEDi, keperluan serta kaedah bagi menghebahkan program-program digital kepada komuniti di sekitar Kawasan PEDi. Ekonomi Digital adalah persaingan yang setara yang menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat. Program dan inisiatif ini adalah untuk semua rakyat Malaysia dan dirancang untuk membuka jalan pendapatan tambahan, menyediakan latihan kemahiran baru dan menawarkan peluang untuk berkembang dalam Ekonomi Digital yang baru

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali