Siri Webinar Pembiayaan Mikro/i BSN Semarak Niaga @ PEDi
18 Mei 2022 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 17 Jun 2022, Bank Simpanan Nasional (BSN) telah mengadakan sesi webinar Pembiayaan Mikro/I BSN Semarak Niaga @ PEDi yang telah disertai oleh staff PEDi termasuk PEDi Lubok Antu. Siri webinar ini akan dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Microsoft Teams bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Program ini telah diadakan secara berperingkat dan penyertaan adalah mengikut zon lokasi PEDi masing-masing.
Objektif penganjuran webinar ini adalah untuk menerangkan mengenai skim-skim pembiayaan yang ditawarkan oleh BSN serta tatacara permohonan atas talian. Selain itu, para staf PEDi telah diterangkan dengan kelayakan dan dokumen yang diperlukan sekiranya terdapat ahli PEDi mahupun komuniti setempat yang berminat untuk memohon skim tersebut. Pihak BSN juga mengalakkan staf PEDi untuk berkongsi maklumat berkenaan dengan skim-skim yang ditawarkan tersebut dengan ahli PEDi dan komuniti setempat.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan
2. Sesi soal & jawab
3. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: