Kelas E-Learning (Cara Kemas Kini & Permohonan Baharu untuk Bantuan )
18 Januari 2022 | Aktiviti Terkini
Pada Selasa – 18 Januari 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah diadakan secara live melalui lama Facebook rasmi PEDi Lubok Antu.
Kelas ini adalah bagi mendedahkan peserta dengan cara kemas kini dan membuat permohonan baharu secara atas talian untuk Bantuan (BKM) bagi tahun 2022. Selain itu, dalam kelas ini juga para peserta telah diterangkan secara ringkas tentang BKM dan kelayakkan untuk membuat permohonan. Setelah itu, peserta telah diajar cara-cara membuat carian pada Google Chrome tentang BKM dan cara membuat pilihan sama ada untuk log masuk mahupun membuat permohonan baharu. Di samping itu, peserta juga telah dijelaskan tentang cara mengisi maklumat yang diperlukan dan cara menghantar data serta permohonan yang telah dilengkapkan. Tambahan pula, sebagai langkah akhir peserta telah ditunjukkan cara untuk membuat cetakkan atau menyimpan data bagi permohonan yang telah dilengkapkan serta cara untuk log keluar.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Bantuan (BKM)
2. Menerangkan cara untuk membuat kemas kini data permohon
3. Mendedahkan cara untuk membuat permohonan baharu
4. Menjelaskan cara untuk mencetak atau menyimpan permohonan yang telah lengkap
5. Menunjukkan cara untuk log keluar selepas selesai membuat permohonan
6. Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: