Asas Microsoft Word

18 Oktober 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin– 17 Oktober 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:30 petang hingga 4:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 4 orang peserta yang terdiri daripada komuniti tempatan. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi membimbing usahawan permula dalam menghasilkan rekod jualan harian dan tahunan menggunakan Microsoft Word. Selain itu, dalam kelas ini juga para peserta telah diterangkan dengan fungsi rekod jualan yang bermanfaat untuk memantau untung rugi sesebuah perniagaan. Disamping itu, dalam jadual yang dihasilkan mereka juga didedahkan dengan cara mengira stok keluar masuk, buat rekod stok awal dan akhir, rekod jualan secara harian, rekod perbelanjaan lain dan untung rugi kasar perniagaan. Antara aspek yang diketengahkan dalam penggunaan Microsoft Word untuk menghasilkan jadual pada kelas ini adalah seperti cara memasukan jadual, cara menukar dan memasukkan angka serta huruf, cara menukar jenis jadual dan menukar latar belakang jadual.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Rekod Jualan & Microsoft Word secara teori
2. Proses praktikal menghasilkan rekod jualan
3. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali