Kelas Asas Bakeri

17 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 16 Julai 2022 Pusat Ekonomi Digital Lubok antu telah mengadakan kelas asas bakeri. Kelas tersebut telah diadakan dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang dan disertai seramai 16 orang ahli PEDi. Terdapat dua sesi yang telah disediakan iaitu sesi membuat roti dan sesi membuat kek. Jemputan pada kali ini ialah seorang tenaga pengajar yang tidak asing lagi dalam industri pembuatan roti dan kek, iaitu cikgu Christy bersama dengan krew beliau.

Objektif utama kelas tersebut ialah untuk mempromosikan PEDi kepada penduduk di sekitar dalam dan luar Lubok Antu. Selain daripada itu, program seperti juga berpeluang untuk memupuk minat dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang bakeri terutamanya kepada golongan usahawan. Selain daripada itu, kelas ini turut melatih sehingga mahir menghasilkan pelbagai jenis roti dan kek yang boleh dikomersialkan. Kelas ini juga dapat memberikan motivasi dan informasi kepada peserta langkah dan kaedah memulakan perniagaan bakeri & kek. Di samping itu juga, para peserta turut diberikan tip dan amalan terbaik kepada mereka yang baru ingin memulakan perniagaan mereka dalam industry makanan

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Sesi pengenalan
2. Kelas asas bakeri membuat roti
3. Kelas asas membuat kek
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali