Kelas Asas ICT (Komponen Komputer & Gmail)

18 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 17 May 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:30 pagi hingga 11:30 tengah hari. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 2 orang usahawan dari sekitar kawasan Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan komponen komputer dan melatih kemahiran menaip dalam kalangan peserta. Dalam kelas ini peserta telah didedahkan dengan fungsi tetikus, papan kekunci dan monitor komputer. Selain itu, peserta telah dibantu dalam mengendalikan papan kekunci dan tetikus agar memudahkan proses peralihan perniagaan kearah digitalisasi. Tambahan pula, peserta juga telah dibimbing dalam memanfaatkan Google Chrome dan menghasilkan akaun Gmail bagi tujuan perniagaan. Akaun Gmail tersebut dihasilkan bagi tujuan menghasilkan akaun Shoppe Seller untuk tujuan memasarkan produk para peserta di masa akan dating

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali