Kelas ICT ( Pengenalan Kepada Komponen Komputer )

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Lubok Antu telah mengadakan Kelas ICT bersama penduduk tempatan sekitar Lubok Antu. Kelas ini telah dihadiri seramai 6 orang peserta. Kelas ini diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi di bilik latihan Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan para peserta dengan kompenen yang terdapat pada komputer dan perbezaan antara komputer meja dan komputer riba. Para peserta juga telah diterangkan setiap komponen asas yang ada pada komputer seperti monitor, tetikus, papan kekunci, mesin pencetak dan pembesar suara. Peserta didedahkan bagaimana monitor berfungsi dengan memaparkan hasil kerja kita lakukan, peserta digalakkan untuk mengendalikan tetikus dan menaip sedikit ayat menggunakan papan kekunci. Peserta juga diberi pendedahan sampingan, kegunaan mesin pencetak dan pembesar suara.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1) Pengenalan kepada kompenen komputer.
2) Peserta mengeksplorasi kompenen computer.
3) Kelas bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali