Asas Microsoft Word

17 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 16 May 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari. Kelas yang berlangsung selama 3 jam tersebut telah disertai oleh 1 orang pelajar tingkatan 3 SMK Lubok Antu. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah atas permintaan peserta yang memerlukan bimbingan dalam menghasilkan kerja kursus pelajar tingkatan 3. Dalam kelas ini, peserta telah diarahkan dengan cara menggunakan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasannya. Antara aspek yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti penggunaan butang insert, cara menghasilkan jadual, memuat masuk gambar secara langsung menggunakan butang online mahupun memuat masuk gambar yang terdapat pada fail, menukar warna latar dan menggunakan simbol serta bentuk. Selain itu, peserta juga dibantu dalam memperkasakan lagi kemahiran menaip dan menggunakan papan kekunci serta diajar tips dan trik dalam penggunaan Microsoft Word. Sebagai aktiviti tambahan, pesrta juga telah didedahkan dengan cara mencari maklumat yang tepat menggunakan Google Chrome

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali