Asas Microsoft Word

15 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 14 Ogos 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:30 petang hingga 3:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah disertai oleh 2 orang peserta yang terdiri daripada komuniti tempatan. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah atas keperluan peserta yang meminta bimbingan dalam menyiapkan kerja kursus pelajar dan surat rasmi. Dalam kelas ini, peserta telah diarahkan dengan cara menggunakan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasannya. Antara aspek yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti penggunaan jenis dan saiz tulisan, bold dan underline, line dan paragraph spacing serta format surat rasmi. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan cara mencari maklumat yang tepat menggunakan Google Chrome.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Microsoft Word
2. Memperkenalkan Google Chrome
3. Proses menghasilkan kerja kursus dan surat rasmi
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali