Kelas Asas E-Learning – Google Sheet

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 11 Disember 2022, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung pada pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang. Kelas yang berlangsung selama 2 jam tersebut telah disertai oleh 3 orang peserta. Kelas tersebut telah diadakan di bilik latihan PEDi Lubok Antu.

Kelas ini adalah bagi menjelaskan peserta dengan cara menghasilkan jadual perbelanjaan bulanan syarikat yang lebih berfokus kepada penyimpanan data perbelanjaan secara atas talian iaitu menggunakan Google Sheet. Dalam kelas ini, peserta telah diarahkan untuk menghasilkan jadual yang berfokus kepada aliran keluar perbelanjaan bulanan. Selain itu, peserta telah dibimbing dalam menghasilkan jadual, menukar warna latar, menambahkan tempat demikal, menggunakan sum dan memasukan carta. Tambahan pula, edit carta pada bahagian penyuntingan carta, cara menyesuaiakan tajuk dan paksi carta serta menambahkan maklumat seperti yang diperlukan pada carta.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Google Sheet secara teori.
2. Proses membuat latihan menggunakan Google Sheet.
3. Bersurai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali