Learning (Daftar Maybank 2u)
12 Disember 2022 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 11 Disember 2022, Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu telah mengadakan Kelas E-Learning Cara Menggunakan Akaun Maybank2u. Kelas ini dihadiri seramai 3 orang dan berlangsung selama 1000 Pagi sehingga 1100 Pagi selama 1 jam.
Tujuan kelas ini diadakan bagi memudahkan peserta untuk melakukan urusan pembayaran diatas talian .Maybank2u merupakan aplikasi perbankan yang digunakan untuk kiriman wang dan terima wang secara secara atas talian. Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu telah berkongsi bagaimana cara untuk mendaftar dan memuat naik aplikasi Maybank2u. Peserta juga diterangkan langkah-langkah pendaftaran (muatnaik ID dan kata laluan) bagi pertama kali daftar masuk. Selesai dengan pendaftaran, peserta didedahkan fungsi lain yang ada di Maybank2u seperti pembelian tambah nilai telefon dan pelaburan Ke akaun Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB). Selain daripada itu, setiap maklumat yang diisi juga turut sama diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kesilapan maklumat diri sepanjang sesi pendaftaran.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Maybank 2u.
2. Langkah untuk membuka akaun baru.
3. Cara untuk penggunaan Maybank 2u.
4. Bersurai.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: