Program Advokasi – E-Sisa

12 November 2022 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 11 November 2022, PEDi Lubok Antu telah melaksanakan Program Advokasi iaitu E-Sisa. Program ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 14:00 petang hingga 16:00 petang dan bertempat di Pusat Ekonomi Digital Lubok Antu. Program ini telah disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada komuniti tempatan.

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang kategori barang e-sisa dan mewujudkan kesedaran terhadap cara menguruskan pembuangan barang e-sisa. Staf yang bertugas memberi penerangan apakah maksud e-sisa dan contoh barang buangan e-sisa kepada para peserta. Melalui program ini para peserta didedahkan dengan impak negatif kepada alam sekitar,hidupan akuatik dan pada manusia jika pembuangan e-sisa tidak menggunakan kaedah secara mesra alam. Pihak PEDi Lubok Antu juga telah menjelaskan bahawa PEDi merupakan salah satu wakil dimana orang awam boleh menghantar barangan e-sisa yang ingin dilupuskan. Selesai dengan penerangan,sesi soal jawab dibuka kepada para peserta. Program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai akan pelaksanaan pembuangan barang e-sisa dengan kaedah yang betul.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Pengenalan kepada Program Advokasi E-Sisa.
2. Sesi soal jawab tentang E-Sisa.
3. Rumusan berkaitan E-Sisa.
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali