Asas Microsoft Word (Butang Replace)

25 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 24 November 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Lubok Antu telah mengadakan kelas asas MS Word di Facebook Page. Kelas ini telah diadakan pada pukul 10:30 pagi hingga 11:00 pagi dan dihadiri seramai 4 orang ahli komuniti di sekitar Lubok Antu. Peserta dapat memanfaatkan pembelajaran di PEDi Lubok Antu dan membangunkan lagi kemahiran ICT yang sedia ada. Para peserta juga dapat mengeksplorasi kegunaan MS Word yang banyak digunakan dalam penghasilan sesebuah dokumen. Semasa sesi pembelajaran, peserta telah didedahkan dengan kegunaan salah satu komponen yang terdapat dalam MS Word, iaitu butang Replace. Butang ini berfungsi untuk menukarkan sesuatu perkataan yang sama dalam masa yang sangat singkat. Butang ini juga boleh digunakan untuk mencari perkataan di dalam teks yang banyak dan padat.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali