Kelas Asas Microsoft Word (Kalendar)
6 Januari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Selasa – 5 Januari 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word iaitu kelas menghasilkan kalendar. Kelas tersebut telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang. Kelas tersebut telah diadakan secara Live Streamyard pada Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.
Selain itu, dalam kelas ini hal yang diketengahkan adalah seperti cara menghasilkan jadual bagi tujuan menaip hari dan tarikh. Peserta juga didedahkan dengan cara yang betul untuk mengaplikasikan gambar sebagai latar belakang jadual yang telah dihasilkan. Di samping itu, peserta juga diajak untuk mengekplorasi kegunaan butang insert, shape, table dan banyak lagi. Tambahan pula, peserta telah ditujukkan cara memanfaatkan butang border, set picture, size and position dan layout. Kesimpulannya, kelas ini diharapkan dapat memberikan manfaat dan idea dalam menghasilkan kalendar bagi tahun 2021.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Word dan Kalendar
- Latihan menghasilkan Kalendar
- Perkongsian hasil Kalendar yang dihasilkan
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: