E-Learning Memperbaharui Lesen Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

31 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 30 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah berkongsi cara untuk memperbaharui lesen perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Perkongsian tersebut telah dihadiri oleh 6 orang komuniti di sekitar Kawasan Lubok Antu. Objektif utama perkongsian tersebut adalah untuk menggalakkan komuniti di kawasn setempat mengisi borang permohonan secara dalam talian. Selain daripada itu, pengguna juga boleh meminta pertolongan daripada pihak PIK bagi membantu mereka terutamanya golongan yang tidak celik IT untuk memohon atau mengisi borang secara dalam talian.

Perkongsian ini secara tidak langsung dapat mempromosikan servis-servis lain yang terdapat di PIK. Sehubungan dengan itu juga, pihak PIK dapat memberikan kerjasama kepada usahawan dalam penambahbaik perniagaan mereka. Sebagai pengetahuan, aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. Sebagai peneraju utama ke arah peningkatan tahap tadbir urus korporat, SSM melaksanakan fungsinya mengawalselia pematuhan perundangan korporat dan pendaftaran perniagaan melalui aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan yang komprehensif bagi memastikan perkembangan positif sektor korporat dan perniagaan untuk negara.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan
  • Tutorial cara untuk memperbaharui lessen perniagaan SSM.
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali