E-Learning (Quizizz)

14 December 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 13 December 2021, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung selama 1 jam. Kelas yang bermula pada pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang yang bertempat di bilik latihan PEDi Lubok Antu dan telah dihadiri seramai 4 orang pelajar dari sekitar Lubok Antu. Kelas yang diadakan adalah kelas e-learning menggunakan aplikasi Quizizz.

Objektif kelas ini adalah bagi mendedahkan peserta dengan aplikasi atas talian yang dapat membantu menjadikan proses pembelajaran lebih menarik di samping memperkenalkan peserta dengan aktiviti e-learning. Selain itu, peserta telah dibimbing dengan cara memanfaatkan aplikasi Quizizz untuk menjawab kuiz yang telah diberikan oleh pihak staf PEDi Lubok Antu. Tambahan pula, kelas ini juga adalah bagi tujuan menerapkan kemahiran menaip dan menggunakan tetikus dalam kalangan peserta.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali