Kelas e-learning (Penyuntingan Video Menggunakan Powtoon)
13 Mei 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Rabu – 12 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas selama 1 jam bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 10:00 pagi. Kelas yang diadakan ialah bagaimana untuk menghasil video hari ibu menggunakan template yang terdapat di dalam Powtoon. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang pelajar dari SMK Lubok Antu. Sebelum kelas bermula, peserta diberi sedikit penjelasan tentang apa itu Powtoon, iaitu merupakan sebuah aplikasi secara dalam talian untuk membuat peyuntingan video. Powtoon ini sangat mudah dan senang untuk digunakan pelajar untuk membuat kerja-kerja sekolah mereka ataupun belajar bagaimana untuk menghasilkan video presentation. Sepanjang berlansungnya kelas tersebut, pelajar telah diajar bagaimana untuk membuka akaun Powtoon terlebih dahulu. Selain itu, pelajar diperjelaskan lagi dengan komponen yang terdapat di dalam Powtoon seperti work space, home, template dan lain-lain. Peserta juga turut diberi tunjuk ajar bagaimana untuk mencari pelbagai jenis template berdasarkan topik ataupun tema yang dikehendaki. Di samping itu juga, mereka turut diajar langkah-langkah untuk menghasilkan video sendiri secara ringkas. Sebagai aktiviti latihan, pelajar digalakkan untuk membuat sebuah video pendek yang bertemakan hari ibu. Kelas tersebut berlangsung dengan jayanya dan pelajar dapat menghasilkan video mengikut kreativiti mereka sendiri
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepad Powtoon
- Membuka akaun baru Powtoon
- Aktiviti latihan membuat video ringkas
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: