E-Learning (Google Crome) & Asas Penyuntingan Gambar

24 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 23 Ogos 2021 (Isnin), Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas E-Learning dan Asas Penyuntingan Gambar yang disertai seramai 2 orang pelajar tingkatan 5 SMK Lubok Antu. Kelas ini telah diadakan selama 30 minit bermula daripada pukul 2.30 – 3.00 petang. Kelas ini adalah bagi tujuan membantu peserta mencari gambar dan maklumat yang diperlukan dalam menyiapkan kerja kursus yang ditugasakan oleh pihak sekolah. Dalam kelas ini, peserta telah didedahkan dengan cara mencari maklumat yang tepat sebagai sumber rujukan, cara mencari gambar yang bagus dan cara memuat turun gambar serta cara membuat rujukan. Selain itu, peserta juga memerlukan bimbingan dalam menyunting gambar. Peserta telah diajarkan cara menyunting gambar menggunakan Microsoft Word dan Paint.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali