Asas Microsoft PowerPoint (Kata Laluan Dalam Dokumen)
30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 29 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial asas MS PowerPoint secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Fokus utama yang diberi perhatian dalam tutorial kali ini ialah bagaimana untuk membuat kata laluan dalam di dalam dokumen. Objektif tutorial adalah untuk mendedahkan komuniti sekitar Lubok Antu tentang fungsi dan pengetahuan dalam menggunakan peranti MS Office. Microsoft PowerPoint merupakan aplikasi yang sangat penting serta kerap digunakan untuk melakukan pembentangan.
Dengan bantuan daripada peranti tersebut, pengguna dapat membuat pembentangan menjadi lebih profesional dengan mudah dimana ianya tersebut dapat digunakan sebagai bahan pembelajaran kepada pelajar dan rujukan kepada perusahaan. Di dalam tutorial ini, peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada MS PowerPoint. Selain itu, peserta juga dapat mempelajarai bagaimana cara untuk memasukkan kata laluan di dalam dokumen yang telah dibuat. Di samping itu juga, peserta dapat memanfaatkan kelebihan yang disediakan oleh MS PowerPoint supaya dokumen mereka dapat dilindungi daripada diceroboh oleh pengguna lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: