Kelas Asas Microsoft PowerPoint

20 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Rabu – 19 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint. Kelas tersebut telah diadakan selama satu jam bermula dari pukul 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi dan dihadiri oleh dua orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan kepada peserta menggunakan perisian Microsoft Word. Objektif utama kelas pada kali ini ialah untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti. Pelajar juga diberikan sedikit penerangan ringkas berkaitan dengan pengenalan, memahami struktur slaid yang hendak dibuat dan format yang akan digunakan. Selain itu, pelajar juga diberikan latihan bagi memudahkan lagi untuk mereka memahami dan yakin menggunakannya. Sepanjang kelas tersebut, mereka belajar memasukkan grafik dan gambar, menggunakan tema yang berbeza pada slaid, membuat latar belakang, menukar reka bentuk dan menyesuaikan pergerakan slaid dalam pembentangan. Sebagai tambahan pelajar juga diajar cara untuk mencetak pembentangan dalam pelbagai cara. Kelas tersebut telah diadakan dengan jayanya dan diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sedikit tunjuk ajar yang telah dikongsikan oleh pihak Pusat Internet komuniti Lubok Antu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepad Microsoft PowerPoint
  • Menyediakan Slaid
  • Membuat latihan
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali