Kelas Asas Microsoft PowerPoint (Penghasilan Logo)

6 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 5 Jun 2021, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas Asas Microsoft Word iaitu kelas penghasilan logo. Kelas tersebut telah diadakan selama 1 jam iaitu bermula pada pukul 2:00 petang hingga 3:00 petang. Kelas tersebut telah diadakan secara langsung menggunakan perisian Streamyard di Facebook rasmi Pusat Internet Lubok Antu. Kelas tersebut telah dihadiri oleh seramai 14 orang ahli PIK.

Logo merupakan salah satu lambang atau tanda bagi sesebuah perniagaan, persatuan atau agensi. Logo dapat melambangkan tujuan aktiviti tertentu dan ianya merujuk kepada seni huruf atau gabungan huruf dan simbol yang mewakili jenama. Untuk sesi kelas tersebut, pelajar diberikan tentang cara untuk menghasilkan logo menggunakan Microsoft PowerPoint. Pelajar diperkenalkan dengan penyuntingan seperti warna, reka bentuk logo dan contoh logo yang sedia ada sebagai rujukan. Selain itu, pelajar juga diberi pengetahuan bagaimana untuk mebuat logo menggunakan reka bentuk yang telah ada di dalam PowerPoint. Setiap pelajar juga digalakkan untuk membuat dan mencuba sendiri jika mempunyai masa terluang semasa duduk di rumah.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Microsoft PowerPoint dan Logo
  • Latihan menghasilkan logo
  • Perkongsian hasil logo yang dihasilkan
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali