Tutorial Pendaftaran MYEG

22 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 21 Ogos 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial pendaftaran MYEG secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Tutorial ini adalah bagi mendedahkan komuniti sekitar Lubok Antu dengan altenatif lain yang dapat dimanfaatkan terutama pada musim pandemik Covid-19. Altenatif ini juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. MYEG dapat memudahkan urusan pengguna terutamanya yang berkaitan dengan agensi kerajaan seperti JPJ, PDRM, Immigration,DBKL, JPN, SSM dan banyak lagi. Dalam tutorial pendek ini menerangkan cara mendaftar akaun MYEG dan cara memperbaharui lesen memandu dengan agensi telibat iaitu Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ). Selain itu, tutorial pendek ini diharapkan dapat memudahkan urusan penduduk sekitar Lubok Antu terutamanya yang ingin memperbaharui lesen memandu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali