Program Asas Pengenalan Perniagaan dan Dunia Digital

14 December 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 13 December 2021, PEDi Lubok Antu telah mengadakan Program Asas Pengenalan Perniagaan dan Dunia Digital hasil kerjasama dengan pihak PEDi PPR Batu Gong yang berlangsung selama 2 jam. Program yang bermula pada pukul 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari secara atas talian menggunakan aplikasi google meet dan telah disertai seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Giatmara Siburan.

Program ini adalah bagi mendedahkan peserta dengan asas perniagaan. Pada program ini peserta telah dijelaskan dengan asas perniagaan dan dunia digital yang merangkumi aliran validasi idea, cara untuk mengenali pelanggan, asas perniagaan dan sebagainya. Selain itu, peserta juga diterapkan dengan asas struktur syarikat, akta perlindungan data peribadi, etika usahawan, scam online dan kaedah pembungkusan dan penghantaran.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali