Microsoft Word (Infografik)
19 Februari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Khamis – 18 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas dalam talian di Facebook rasmi PIK Lubok Antu. Kelas tersebut berlangsung dari pukul 3:00 petang hingga 4:00 petang. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah dihadiri oleh seramai 14 orang ahli Pusat Internet Komunti.
Objektif utama kelas tersebut ialah mengetengahkan cara mudah untuk membuat infografik menggunakan Microsoft Word. Infografik merupakan kata Infographics dalam Bahasa Inggeris yang singkatan dari Information dan Graphics yang dipamerkan dalam bentuk visualisasi data yang dapat membantu memudahkan kefahaman maklumat yang disampaikan. Sepanjang kelas tersebut, peserta telah diberi tunjuk ajar melalui latihan seperti menggunakan shape untuk membuat template, membuang latar belakang gambar dan bermain dengan rekaan dan font yang sesuai. Selain daripada itu, peserta juga diberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk membuat carian gambar di Google yang bersesuai untuk digunakan di Microsoft Word. Hal ini demikian kerana dapat memudahkan gambar tersebut dijadikan sebagai illutrasi. Di samping itu, peserta digalakkan untuk menghasilkan infografik mengikut kreativiti masing-masing.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan
- Perkongsian cara untuk membuat Infografik
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: