Ceramah Klik dengan Bijak (Hendap Siber)
24 Februari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Selasa – 23 Febuari 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Ceramah yang bertajuk Hak dan Tanggungjawab Warga Digital. Ceramah tersebut telah diadakan selama 30 minit bermula pada pukul 4:00 petang hingga 4:30 petang. Ceramah tersebut telah diadakan secara Live Streamyard yang ditayangkan secara langsung di Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.
Dalam ceramh ini peserta telah diterangkan tentang jenayah hendap siber yang semakin berleluasa. Sebagai permulaan, peserta telah ditayangkan sebuah video Klik Dengan Bijak yang bertajuk Hendap Siber. Dalam video tersebut dijelaskan dan diberikan contoh kegiatan atau perlakuan berkongsi secara berlebihan yang dapat mengundang serta memudahkan aktiviti hendap siber dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, Pengurus juga telah berkongsi berkaitan dengan video serta peserta juga diarahkan untuk tidak melalukan kesilapan yang sama seperti dalam video tersebut. Sebagai tambahan, peserta telah ditayangkan slaid Tips Mengcipta Kata Laluan dan sebuah video yang berkaitan.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital
- Perkongsian tentang jenis-jenis jenayah siber
- Tayangan video
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: