Asas Microsoft PowerPoint (Design Idea)

30 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 29 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial asas MS PowerPoint secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Objektif utama kelas ini diadakan adalah bertujuan memantapkan lagi ilmu pengetahuan komuniti dalam bidang ICT dan Microsoft Office. Bagi mereka yang sering melakukan kegiatan pembentangan secara umum, Kelebihan MS PowerPoint adalah pembuatan slaid dengan mudah. Kehadiran program seperti Microsoft PowerPoint pastinya akan memudahkan penyampai memaparkan inti atau perkara utama pembentangan yang ditujukan kepada khalayak ramai. Dengan adanya Design Idea yang telah disediakan dalam peranti PowerPoint, pengguna dapat boleh menyediakan slaid dokumen pembentangan menggunakan program ini dengan kualiti yang baik dengan cepat dalam masa beberapa minit atau jam bergantung kepada kemampuan setiap pengguna. Dalam tutorial ini, pengguna boleh memasukkan topik atau perkara yang ada di dalam slaid. Design idea boleh didapati di bahagian Design dan kemudian pengguna hanya perlu memilih design yang diinginkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali