Ceramah Hak dan Tanggungjawab Warga Digital

23 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 22 Febuari 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Ceramah yang bertajuk Hak dan Tanggungjawab Warga Digital. Ceramah tersebut telah diadakan selama 30 minit bermula pada pukul 3:30 petang hingga 4:00 petang. Ceramah tersebut telah diadakan secara Live Streamyard yang ditayangkan secara langsung di Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.

Ceramah ini diadakan bagi mendedahkan komuniti setempat dengan Hak dan Tanggungjawab sebagai warga digital. Antara topik yang diketengahkan dalam ceramah ini adalah seperti menerangkan fungsi SKMM, jenis jenayah yang diketagorikan sebagai jenayah siber, tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan dengan masalah jenayah siber dan info ringkas tentang pihak berkuasa yang bertanggungjawab mengendalikan masalah jenayah siber. Di samping itu, beberapa jenis video telah dikongsikan dalam ceramah ini bagi membantu peserta memahami topik yang diketengahkan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Hak Dan Tanggungjawab Warga Digital
  • Perkongsian tentang jenis-jenis jenayah siber
  • Tayangan video
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali