E-Learning (Semakan Geran Khas Prihatin)

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 8 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan sesi perkongsian Bersama dengan ahli PIK secara dalam talian. Perkongsian tersebut diadakan selama 30 minit bermula dari 2:00 petang sehingga 2:30 petang. Topik yang diperkongsikan ialah semakan Geran Khas Prihatin atau GKP. Geran Khas Prihatin merupakan salah satu bantuan kewangan yang diberikan oleh kerajaan kepada peniaga kecil sederhana yang layak menerima dan menepati semua syarat yang ditetapkan.

Antara syarat kelayakan untuk memohon GKP 2.0 adalah merupakan warganegara Malaysia, berdaftar dengan LHDn atau Pihak berkuasa Tempatan (PBT.) dan masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat. Semakan keputusan GKP boleh dibuat dengan melayari laman web rasmi yang betul. Penggunakan juga dinasihati untuk memastikan link tersebut adalah betul dan sahih. Selepas itu, pengguna akan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang digunakan semasa sesi pendaftaran, dan klik semak. Sebagai aktiviti tambahan, peserta ditayangkan dengan satu video Klik Dengan Bijak yang berkaitan dengan penipuan internet.

  • Pengenalan kepada Geran Khas Prihatin
  • Perkongsian semakan Geran Khas Prihatin
  • Tayang video Klik Dengan Bijak (KDB)
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali