Microsoft Word (Vintage Design Portfolio)

7 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 6 March 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas asas Microsoft Word. Kelas tersebut berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 2:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh seramai 2 orang ahli Pusat Internet Komunti yang merupakan pelajar SMK Lubok Antu.

Objektif utama kelas tersebut ialah untuk mendedahkan pelajar tentang cara menghasilkan kulit portfolio yang mengetengahkan vintage design menggunakan Microsoft Word. Antara hal yang diutamakan dalam kelas ini adalah memperkenalkan kepada peserta tentang penggunaan bentuk, warna, jenis tulisan dan latar belakang. Selain itu, peserta juga dijelaskan dengan cara memuat turun gambar secara atas talian bagi mengabungkan kombinasi antara tulisan, bentuk dan gambar pada portfolio yang dihasilkan. Pada kelas ini peserta telah menghasilkan sebuah kulit portfolio hasil bimbingan staf PIK Lubok Antu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali