Microsoft Word (Pengenalan Asas Microsoft Excel)
7 Mac 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu – 6 March 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas asas Microsoft Excel yang telah dihadiri oleh 2 orang pelajar SMK lubok Antu. Kelas tersebut telah berlangsung dari pukul 11:30 pagi hingga 12:00 tengah hari.
Topik utama dalam kelas tersebut memberi pengetahuan tentang penggunaan asas Microsoft Excel. Para pelajar telah diperkenalkan dengan sedikit penerangan seperti cara untuk membuat dokumen excel yang baru. Pelajar juga diperkenalkan dengan setiap komponen yang terdapat di dalam Microsoft Excel seperti Font, Design, Page Layout dan Format sebagai permulaan untuk mereka membiasakan diri sepanjang kelas tersebut berlangsung. Di samping itu, setiap pelajar juga digalakkan untuk membuat Jadual yang serba ringkas sebagai latihan untuk memudahkan mereka memahami fungsi setiap komponen yang telah diajar. Sebagai tambahan, pelajar turut diberikan contoh sebagai rujukan mereka untuk menghasil Microsoft Excel seperti jadual.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Excel
- Langkah untuk membuat dokumen baru
- Latihan membuat jadual menggunakan Excel
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: