Kelas E-Learning Asas Penyuntingan Gambar (Befunky)

3 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 2 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 14:00 petang hingga 14:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh 2 orang belia yang merupakan ahli Pusat Internet Komunti Lubok Antu.

Pada kelas kali ini peserta telah diajar cara menyunting gambar produk secara atas talian iaitu menggunakan laman web Befunky. Antara yang diketengahkan dalam kelas ini adalah cara memasukkan tulisan, memadankan pencahayaan, cara memasukkan kesan tambahan (effect) dan cara memanfaatkan bentuk. Selain itu, peserta juga didedahkan dengan cara memuat turun hasil produk yang telah disunting menggunakan laman web tersebut. Kelas ini juga membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran dan kreativiti dalam asas penyuntingan gambar.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Befunky
  • Menerangkan cara memuat turun gambar
  • Menyunting gambar menggunakan Befunky
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali