Berita PIK 28 Februari 2021 - Microsoft PowerPoint (Resume)

1 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 28 Februari 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan sesi kelas dalam talian. Live tersebut telah disiarkan melalui Facebook rasmi Pusat Internet Lubok Antu dengan menggunakan aplikasi streamyard. Kelas yang berlangsung selama 1 jam yang bermula pada pukul 2:00 sehingga 3:00 petang telah dihadiri seramai 10 orang ahli PIK Lubok Antu.

Objektif utama kelas tersebut adalah untuk membantu penduduk di sekitar kawasan Lubok Antu yang ingin membuat resume mereka sendiri. Melalui perkongsian ini, peserta dapat mengetahui apakah itu resume dan bagaima resume banyak mempengaruhi majikan atau pihak tertentu terutamanya dalam urusan mencari pekerja. Selain itu, peserta juga diberitahu tentang maklumat yang diperlukan dan wajib ada di dalam setiap resume. Di samping itu juga, peserta telah diperkenalkan dengan contoh-contoh resume yang terdapat di internet untuk dijadikan sebagai rujukan dalam pembuatan resume mereka sendiri. Peserta juga telah diberikan sedikit latihan bagaimana cara untuk menghasilkan resume yang serba ringkas, mudah dan padat dengan hanya menggunakan Microsoft PowerPoint.

Sebagai tambahan, peserta juga digalakkan untuk menghasilkan resume mengikut kreativiti mereka sendiri dan memasukkan 4 maklumat penting yang utama iaitu maklumat peribadi, pengalaman, pendidikan dan kemahiran.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan
  • Perkongsian ringkas tentang resume
  • Latihan untuk membuat resume
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali