MyFuture Job bersama PERKESO

25 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 24 September 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu menyertai program MyFuture Job bersama PERKESO yang diadakan selama 2 jam iaitu pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Pihak PIK Lubok Antu juga membawa 2 orang peserta yang terdiri daripada komuniti sekitar Kawasan Lubok Antu.

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang umum mengenai portal MyFuture Jobs yang bermanfaat bagi membantu komuniti mencari perkerjaan. Selain itu, portal tersebut juga amat berguna kepada semua golongan pencari pekerjaan bagi membantu untuk persediaan awal ke alam perkerjaan melalui kebolehpasaran pencari kerja. Tambahan pula, program ini juga adalah untuk memperkenalkan inisiatif yang dilaksanakan oleh pihak PERKESO dalam usaha membantu komunti semasa penularan pandemic Covid-19.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pendaftaran
  • Pendedahan kepada portal pencarian kerja MyFuture Jobs
  • Mempromosikan perkhidmatan pekerjaan
  • Memperkenalkan fungsi dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Perkeso
  • Sesi soal jawab
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali