Microsoft Publisher (Kad Ucapan)

31 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 30 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas secara dalam talian yang berlangsung dari pukul 9:00 petang hingga 10:00 pagi. Perkongsian menggunakan saluran zoom tersebut telah dihadiri oleh orang pelajar tingkatan 5 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Antu.

Kelas ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan kepada peserta menggunakan perisian Microsoft Publisher. Selain daripada itu, ianya juga memberi pendedahan penggunaan Microsoft Publisher dalam menghasilkan grafik dan teks untuk tujuan membuat kad ucapan. Di samping itu juga, kelas tersebut turut memberi kefahaman kepada peserta mengenai kegunaan setiap komponen yang terdapat di dalam perisian tersebut. Sebagai tambahan, peserta juga diperkenalkan dengan fungsi lain Microsoft Publisher untuk membuat risalah, sijil, banner, letterhead dan lain-lain. Pihak PIK Lubok Antu juga berharap lebih ramai lagi pelajar yang akan menyertai pembelajaran secara dalam talian.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Microsoft Publisher
  • Membuka file baru
  • Latihan penyuntingan menggunakan template
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali