Kelas Asas Microsoft PowerPoint (Gambar dalam Text)

31 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 30 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas asas Microsoft PowerPoint. Kelas tersebut telah diadakan selama 30 minit bermula dari pukul 3:00 petang sehingga 3:30 petang. Kelas tersebut tealh dihadiri seramai 14 orang komuniti di sekitar Kawasan Lubok Antu.

Kelas ini diadakan bertujuan untuk memberi pengetahuan, kemahiran dan kecekapan kepada peserta menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Objektif utama kelas pada kali ini ialah untuk menyediakan pembentangan yang menarik dan berkualiti. Pelajar juga diberikan sedikit penerangan ringkas berkaitan dengan pengenalan, memahami struktur slaid yang hendak dibuat dan format yang akan digunakan. Selain itu, pelajar juga digalakkan membuat latihan bagi memudahkan lagi untuk mereka memahami dan yakin menggunakannya. Sepanjang kelas tersebut, mereka belajar cara untuk memasukkan grafik ke dalam text, menggunakan tema yang berbeza pada slaid, membuat latar belakang dan juga menukar reka bentuk. Mereka juga turut mempelajari bagaimana setiap latar belakang yang digunakan akan mempengaruhi text tersebut. Oleh itu, kesesuaian latar belakang dan gambar amat penting bagi menghasilkan text yang jelas dan difahami oleh pembaca. Kelas tersebut telah diadakan dengan jayanya dan diharapkan pelajar dapat memanfaatkan sedikit tunjuk ajar yang telah dikongsikan oleh pihak Pusat Internet komuniti Lubok Antu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan
  • Tutorial cara untuk menghasilkan gambar dalam text
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali