Ceramah Klik Dengan Bijak (Buli Siber)

28 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 27 April 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 3:00 petang hingga 3:30 petang secara live dalam pages Pusat Internet Komunti Lubok Antu. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh 16 orang yang terdiri daripada komuniti sekitar Lubok Antu.

Dalam ceramah ini, peserta telah ditayang video dan slaid buli Siber iaitu sindiran badan (Body Shaming). Selain itu, peserta juga telah diberikan penerangan ringkas berkaitan dengan tajuk yang diutarakan. Ceramah kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi sebab dan akibat yang akan dihadapi sekiranya terlibat dengan masalah buli terutamanya buli siber. Tambahan pula, peserta disajikan dengan cara dan sumber yang tepat untuk dirujuk sekiranya menghadapi masalah pembulian. Ceramah ini diharapkan dapat membantu memberikan kesedaran dalam kalangan masyarakat khususnya komuniti sekitar Lubok Antu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayang Video Body Shamming
  • Ceramah Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber
  • Perkongsian tentang Body Shamming
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali