E-Learning (Cara Memohon dan Kemas Kini Bantuan Prihatin Rakyat)

31 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 30 Januari 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan kelas cara membuat permohonan baru dan kemas kini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) selama 30 minit pada pukul 11.00 pagi sehingga 11.30 pagi. Kelas tersebut telah diadakan secara Live Streamyard yang ditayangkan secara langsung di Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.

Dalam kelas ini, peserta telah di terangkan dengan informasi seperti syarat kelayakan, tempoh permohonan, cara memohon, nilai bantuan serta dokumen yang diperlukan. Selain itu, para peserta juga telah dijelaskan secara terperinci tentang cara memohon dan kemas kini data BPR secara atas talian dengan memberi contoh langkah-langkah mengisi maklumat menggunakan gambar. Tambahan pula, peserta juga didedahkan dengan 3 kategori permohonan yang perlu dilengkapkan seperti permohonan, pengesahan dan hantar. Kesimpulannya, kelas ini diharapkan dapat mendedahkan peserta khususnya penduduk sekitar Lubok Antu tentang cara-cara melakukan permohonan mahupun kemas kini BPR secara atas talian.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Bantuan Prihatin Rakyat
  • Perkongsian tentang informasi yang diperlukan tentang BPR
  • Pendedahah tentang langkah-langkah mengisi data dalam BPR
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali