Advokasi (Buli Siber)
1 Februari 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Ahad – 31 Januari 2021, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan kelas dalam talian melalui aplikasi Stream Yard. Perkongsian yang diadakan selama 30 minit ini telah dihadiri oleh seramai 8 orang ahli PIK Lubok Antu.
Sepanjang program tersebut, peserta telah diberi sedikit penerangan berkaitan dengan buli siber dimana generasi pada masa kini banyak menghabiskan masa di atas talian dengan wujudnya internet. Selain daripada itu juga, peserta diberi penjelasan tentang beberapa jenis buli siber seperti mesej yang menganggu dan mengancam, menyalagunakan kata laluan atau menyamar, memuat naik komen yang berbaur hasutan dan lain. Perserta turut diberi pengetahuan tentang perbandingan buli siber dengan jenis buli yang lain. Selain itu, kesan-kesan dan langkah untuk membendung buli siber turut diterangkan sepanjang siaran live tersebut berlangsung. Sebagai tambahan peserta turut diingatkan untuk mengetahui apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan buli siber berlaku disamping menjaga etika ketika menggunakan kemudahan yang terdapat di internet.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada apa itu buli siber
- Perkongsian tentang jenis-jenis buli siber
- Perbandingan tentang buli siber dengan buli lain
- Perkongsian tentang kesan dan langkah buli siber
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: