Microsoft Word (Brochure)

30 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 29 April 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan satu sesi kelas dalam talian yang berlangsung dari pukul 3:00 petang hingga 3:30 petang. Kelas tersebut telah diadakan secara live dalam Facebook page rasmi Pusat Internet Komunti Lubok Antu. Kelas yang berlangsung selama 1 jam tersebut telah dihadiri oleh 16 orang yang terdiri daripada ahli pusat internet komuniti sekitar Lubok Antu.

Sepanjang kelas tersebut berlangsung objektif utamanya adalah untuk memberi pendedahan bagaimana cara untuk menghasilkan brochure yang mudah dan ringkas. Brochure kebiasanya mengandungi tentang maklumat sebuah produk yang ditawarkan dan banyak digunakan sebagai salah satu media promosi secara offline. Objektif lain pula adalah untuk menambah pengetahuan warga kepada komuniti mengenai fungsi Microsoft Word dalam penghasilan dokumen kerja atau penyuntingan template yang lebih pantas dan sistematik dengan menggunakan daya dan format yang konsisten. Selain itu, melalui penguasaan yang mantap di dalam Microsoft Word ini, ia juga dapat memudahkan kawalan untuk setiap dokumen kerja yang telah dihasilkan. Peserta turut diberi pengetahuan untuk setiap fungsi-fungsi komponen yang terdapat di dalam Microsoft Word. Sebagai penutup peserta diberitahu bagaimana untuk menyimpan brochure dalam format printable.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Membuka dokumen baru
  • Langkah untuk menghasilkan brochure
  • Langkah untuk menyimpan brochure dalam format printable
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali