Ceramah Advokasi Check Your Label & E-Sisa

29 Ogos 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 28 Ogos 2021 (Sabtu), Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan ceramah Advokasi iaitu Check Your Label (CYL) dan E-Sisa yang disertai seramai 6 orang komuniti sekitar Lubok Antu. Kelas ini telah diadakan selama 30 minit bermula daripada pukul 10.00 – 10.30 pagi secara live pada pages Facebook Pusat Internet Komuniti Lubok Antu.

Ceramah ini adalah bertujuan untuk memberikan ceramah advokasi secara berterusan kepada komuniti sekitar Lubok Antu. Selain itu, dalam ceramah ini juga peserta telah didedahkan dengan program yang dianjurkan oleh pihak MCMC antaranya adalah CYL dan E-Sisa. Di samping itu, dengan adanya ceramah ini, peserta diharapkan mendapat maklumat sahih dari semasa ke semasa terutamanya berkaitan dengan CYL dan E-Sisa. Tambahan pula, para peserta telah ditayangkan sebuah video bagi menambahkan pengetahuan tentang topik yang diketengahkan.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Check Your label & E-Sisa
  • Ceramah Check Your label & E-Sisa
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali