Perkongsian Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)

29 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Ahad – 28 Mac 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan satu sesi perkongsian Facebook Live Klik Dengan Bijak. Perkongsian tersebut telah berlangsung selama 30 minit bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 10:00 pagi, dan telah dihadiri seramai 19 orang ahli Pusat Internet Komuniti Lubok Antu.

Objektif perkongsian pada pagi tersebut memberi keutamaan kepada topik Maklumat Palsu. Antaranya ialah sedikit penerangan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Maklumat Palsu iaitu merujuk kepada maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang sah. Selain itu, peserta turut diberitahu berkaitan dengan jenis-jenis maklumat yang tidak tepat sperti gosip, khabar angin, spekulasi dan penipuan. Maklumat palsu juga boleh memudaratkan dengan mengaibkan, memberi kesan negatif, menyebabkan kerugian dan meningkatkan lagi penyebaran berita yang tidak benar dan sahih. Oleh itu, peserta juga dinasihat untuk mengamalkan langkah semak dahulu sebelum menyebarkan, fikir manfaat berita sebelum dikongsi dan berhati-hati dengan cerita yang penung dengan emosi semata-mata. Sebagai tambahan, para peserta turut dikongsikan dengan pengawalseliaan alam siber dengan agensi yang terlibat untuk membendung pemasalahan penyebaran maklumat palsu.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Maklumat Palsu
  • Perkongsian jenis-jenis maklumat palsu
  • Perkongsian kesan-kesan maklumat palsu
  • Perkongsian langkah dan pengawalselian penyebaran maklumat palsu
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali