Asas Microsoft Word

27 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 26 April 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 11:00 pagi hingga 11:30 pagi. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh 1 orang remaja berusia 24 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet Komunti Lubok Antu.

Kelas ini diadakan adalah atas permintaan peserta bagi membantu peserta menyiapkan tugasan yang diberikan. Dalam kelas ini, peserta meminta bantuan untuk menghasilkan muka depan bagi tugasannya. Selain itu, peserta diajarkan cara menggunakan butang insert iaitu pada fungsi online picture bagi memuat turun secara langsung gambar logo daripada sumber Google. Tambahan pula, beliau juga telah didedahkan dengan cara menusun atur margin dan layout bagi memastikan kedudukan tulisan dan logo pada kedudukan yang tepat. Peserta juga mencatat cara yang telah ditunjukkan bagi tujuan rujukan. Peserta juga telah dibimbing dalam menyiapkan tugasannya.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Microsoft Word
  • Menggunakan MS Word untuk menghasilkan muka depan tugasan
  • Menyiapkan tugasan
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali