Tutorial Permohonan mySalam
26 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Jumaat – 25 Oktober 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah membuat tutorial permohonan mySalam secara dalam talian di Facebook Pages PIK Lubok Antu. Objektif tutorial adalah untuk mendedahkan komuniti sekitar Lubok Antu dengan cara-cara membuat permohonan MySalam terutamanya bagi yang terkesan akibat positif Covid19 mahupun kontak rapat kepada pesakit.
Pada tutorial ini, peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada Skim Perlindungan MySalam. Selain itu, peserta juga diterangkan dengan sistem semakan kelayakan MySalam dan pendaftaran penama untuk pertama kalinya. Tambahan pula, peserta telah dijelaskan dengan langkah-langkah proses membuat tuntutan disamping ditunjukkan cara untuk memuatnaik dokumen dengan cara yang tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: