Program Klik Dengan Bijak (Maklumat Palsu)

26 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 25 Mei 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 2:30 petang hingga 3:00 petang secara live dalam pages Pusat Internet Komunti Lubok Antu. Program yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh 18 orang yang terdiri daripada komuniti sekitar Lubok Antu.

Program ini adalah bertujuan untuk memberikan ceramah berkaitan Klik dengan Bijak secara berterusan. Selain itu, program ini juga adalah bagi mendedahkan peserta dengan program-program SKMM terutamanya program Klik Dengan Bijak. Tambahan pula, ceramah ini adalah bagi menerangakan tentang isu yang berkaitan dengan jenayah penyebaran maklumat palsu kepada para peserta.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Klik Dengan Bijak
  • Tayangan Video Klik Dengan Bijak
  • Ceramah Maklumat Palsu
  • Tayangan Video Maklumat Palsu
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali