Ceramah Advokasi - Perisian Kawalan Ibu Bapa

25 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 24 Januari 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Ceramah advokasi yang bertajuk Perisian Kawalan Ibu Bapa. Ceramah tersebut telah diadakan selama 30 minit bermula pada pukul 3:00 petang hingga 3:30 petang. Kelas tersebut telah diadakan secara Live Streamyard yang ditayangkan secara langsung di Facebook Pages Pusat Internet Lubok Antu.

Ceramah ini diadakan bersamaan dengan arahan kerajaan untuk mengadakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PDPR). Terdapat beberapa contoh perisian kawalan Ibu Bapa yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi dikongsikan dengan para peserta. Selain itu, peserta juga telah didedahkan dengan 2 contoh perisian kawalan yang mudah digunakan untuk mengawal akses digital para anak-anak atau remaja iaitu Playstore Parent Control dan Google Family Link. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah ditayangkan video tentang cara membuat aduan dan 2 video untuk cara menggunakan dan memasang Playstore Parent Control dan Google Family Link.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Perisian Kawalan Ibu Bapa
  • Perkongsian tentang peranan Ibu Bapa dan Penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat
  • Tayangan video Aduan, Playstore Parent Control dan Google Family Link
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali