Kenali Microsoft PowerPoint

24 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Khamis – 23 Disember 2021, PEDi Lubok Antu telah mengadakan kelas secara dalam talian di Facebook Page PEDi Lubok Antu. Kelas yang bermula pada pukul 4:00 petang hingga 4:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 30 minit ini telah dihadiri seramai 3 orang peserta.

Objektif kelas ini adalah untuk memberi latihan asas kepada peserta. Microsoft PowerPoint ialah aplikasi tersedia yang digunakan untuk membuat pembentangan profesional bagi penyampaian maklumat atau dokumen yang berkesan. Terdapat pelbagai fungsi yang boleh didapati di dalam Microsoft PowerPoint antaranya ialah fungsi penyuntingan teks lanjutan, bagaimana membuat grafik, media, animasi serta cara menyesuaikan reka bentuk template dan tayangan slaid. Peserta telah diberi pengetahuan untuk mengenali beberapa butang yang terdapat di dalam MS PowerPoint. Selain itu, peserta juga berpeluang untuk mengetahui setiap fungsi utama butang tersebut. Dengan adanya MS Powerpoint, peserta dapat membaca atau mendapatkan nota-nota secara ringkas dan padat. Selain itu, mereka juga dapat menghasilkan persembahan PowerPoint yang menarik dengan idea kreativiti masing-masing untuk membuat pembentangan dihadapan umum.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada MS PowerPoint
  • Sesi perkongsian MS PowerPoint
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali