Program Klik Dengan Bijak

23 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Selasa – 22 Mac 2021, Pusat Interner Lubok Antu telah mengadakan Program Klik Dengan Bijak bersama dengan pelajar SMK Lubok Antu. Ceramah tersebut telah diadakan selama 30 minit bermula pada pukul 3:00 petang hingga 3:30 petang. Ceramah tersebut telah diadakan di bilik latihan Pusat Internet Komuniti Lubok Antu dan disertai seramai 5 orang peserta.

Dalam program ini, pelajar telah ditayangkan pelbagai video berkaitan dengan Klik Dengan Bijak dan diberikan ceramah ringkas berkaitan dengan tajuk yang diketengahkan. Selain itu dalam program ini peserta telah diarahkan untuk menyertai kuiz yang berkaitan secara atas talian. Tambahan pula, pada program ini peserta telah diterapkan dengan cara mencari maklumat yang diperlukan menggunakan Google Crome dan didedahkan dengan cara menguasai Google Form yang digunakan dalam kuiz tersebut.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Tayangan Video Klik Dengan Bijak
  • Ceramah singkat Klik dengan Bijak
  • Kuiz Klik Dengan Bijak
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali