Asas Microsoft Word
20 April 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Isnin – 19 April 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 2:30 petang. Kelas yang berlangsung selama 30 minit tersebut telah dihadiri oleh 1 orang remaja berusia 25 tahun yang merupakan ahli Pusat Internet Komunti Lubok Antu.
Kelas ini adalah untuk mengetengahkan cara menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word. Dalam kelas ini, peserta telah dibimbing dalam meghasilkan resume yang infografik. Antara butang pada Miscrosoft Word yang diketengahkan dalam kelas ini adalah seperti butang bentuk, insert, reka bentuk tulisan, text box, layout dan latar belakang. Selain itu, peserta telah diajar cara mencari resume yang terbaik untuk dijadikan sumber rujukan di internet. Tambahan pula, setelah kelas ini tamat peserta telah didedahkan dengan cara memohon jawatan kosong yang terdapat pada laman web seperti SPA, Sarawak Energy, Job Malaysia dan sebagainya.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Word
- Menghasilkan Resume Infografik
- Mengisi jawatan kosong pada laman web yang berkenaan
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: