Asas Microsoft Powerpoint
21 April 2021 | Aktiviti Terkini
Pada Selasa – 20 April 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan kelas yang berlangsung dari pukul 10:00 pagi hingga 10:30 pagi bagi sesi pertama manakala sesi sesi kedua diadakan pada pukul 2.00 petang sehingga 2.30 petang. Kelas yang berlangsung selama 1 jam telah dihadiri oleh 1 orang remaja berusia 18 tahun yang baru tamat pembelajaran di Tingkatan 5 SMK Lubok Antu.
Kelas ini adalah bertujuan untuk membantu peserta menghasilkan resume bagi tujuan permohonan perkerjaan. Dalam kelas ini peserta telah didedahkan dengan cara menghasilkan resume menggunakan Microsoft Powerpoint. Selain itu, peserta diajar cara memanfaatkan butang dan fungsi-fungsi yang terdapat pada Ms Powerpoint untuk menghasilkan resume yang menarik dan mudah difahami. Peserta telah ditunjukkan cara memanfaatkan bentuk, warna, tulisan dan reka bentuk serta reka letak bagi menambahkan kreativiti pada resume yang dihasilkan. Tambahan pula, peserta juga telah dibimbing dengan cara menyimpan hasil resume yang telah siap pada pemacu pena peribadi beliau dalam bentuk pdf dan powerpoint.
Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
- Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint
- Menghasilkan Resume
- Menyimpan hasil resume pada pemacu pena
- Bersurai
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: