Kesan ICT Dalam Kalangan Masyarakat

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu – 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti Lubok Antu telah mengadakan Program sesi perkongsian secara dalam talian di Facebook page rasmi PIK. Program tersebut diadakan secara berkolaborasi bersama dengan Pusat Internet Komuniti Engkilili dan juga Pusat Internet Komuniti PPR Batu Gong. Program yang berlangsung selama satu jam tersebut memberi focus kepada topik kesan ICT dalam kalangan masyarakat.

Objektif utama program tersebut adalah untuk memberi pengetahuan dan berkongsi tentang kesan positif dan negatif ICT di dalam kalangan masyarakat. Sesi perkongsian dimulakan dengan memberi penjelasan ringkas berkaitan dengan definisi ICT. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan teknologi yang digunakan untuk memproses data. Ia boleh berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat seperti mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu. Di samping itu juga, staff PIK turut berkongsi pandangan masing-masing berkaitan dengan kesan positif ICT seperti mudah mendapatkan maklumat, sebagai medium komunikasi, mempercepatkan urusan, meluaskan pasaran perniagaan, membantu dalam Pendidikan dan memudahkan aktiviti harian. Kesan negatifnya pula adalah seperti pembaziran masa, buli siber, jenayah siber, pengaruh gaya hidup dan kesahihan maklumat.

Pusat Internet Komuniti berharap perkongsian ini membawa banyak faedah dalam membentuk seseorang masyarakat yang cerdik serta berpengetahuan yang secara langsung menyumbang kepada pembangunan sesebuah negara.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:

  • Pengenalan kepada Definisi ICT
  • Sesi perkongsian kesan positif ICT dalam kalangan masyarakat
  • Sesi perkongsian kesan negatif ICT dalam kalangan masyarakat
  • Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali